Sejarah Penubuhan

Operasi Makmal Komputer SK Sungai Embak bermula pada 1 Januari 2004 apabila bangunan makmal siap dibina dan diserahkan kepada sekolah. Makmal komputer adalah dibawah projek Fasa 2 Projek Pengkomputeran Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Makmal Komputer SK Sungai Embak ini boleh menempatkan seramai 40 orang murid pada satu-satu masa di mana ianya dilengkapi 20 unit komputer murid dan satu komputer guru.

Di awal operasinya, jadual penggunaan yang disusun adalah berkonsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dengan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai tunjang utama.

Dengan perkembangan PPSMI dan kini dasar MBMMBI, jadual penggunaan makmal komputer mulai tahun 2011 disusun dengan subjek Dunia Sains dan Teknologi bagi Tahun 1 dan subjek ICTL (ICT Literacy) bagi Tahun 2 hingga 6.

Bermula pada tahun 2013, makmal komputer SK Sungai Embak telah digunakan sebagai makmal MBMMBI dan juga sebagai Makmal 1Bestarinet untuk merealisasikan Pembelajaran Maya Frog VLE.

0 comments:

back to top