Bagi pengguna komputer riba atau
laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan
elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung
kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh
digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara
penjagaannya. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda
perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan
dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan
bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.
1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang
digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan
sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang
berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau
boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan
suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop terlalu
tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop
berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu
memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun
terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan
udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja.
Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.
3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan
jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami
‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk.
Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk
tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
5. Guna Hibernation Mode
Jika mahu meninggalkan laptop dalam
keadaan terpasang, dicadangkan guna Hibernation Mode. Jika hanya
melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan
semasa laptop didalam keadaan Hibernate.
6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen
yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan
komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya.
Selain itu, boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci
tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan
bateri dan dapat menjaga mata anda juga.
7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Maksud hardware dalaman? Ianya adalah
peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so,
jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB
drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang
mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam
jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah
la cucuk, pakai touchpad je.
Dipendekkan
cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini
kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut,
ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih
banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting.
Pastikan matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan
bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri
digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi
yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang
memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan
grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode
bateri.
Petikan dari http://mrpiratz.com/10-tips-penjagaan-bateri-komputer-riba/
0 comments:
Post a Comment