Kepentingan Frog VLE
Posted by Admin
on Friday, October 4, 2013
0
Frog VLE
dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan
mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan
pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog
VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan
mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran
boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan
pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal
menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem
Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari
kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan
menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal.
Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik
dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan
hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog
mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700
buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan,
Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan
lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan
Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara.
Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.
The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu,
The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Tagged as:
About the Author
Write admin description here..
Get Updates
Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.
Share This Post
Related posts

0 comments:
Post a Comment